loading...
  • Breaking News

    Thursday, November 16, 2017

    'Mengapa begitu kejam terhadap anak saya?'


    "Mengapa begitu kejam terhadap anak saya?" demikian kata bapa yang mendakwa anak lelakinya dipukul, diterajang dan dipijak badannya oleh anggota beruniform dalam satu kemalangan yang tidak disengajakan. 

    Bapa mangsa, Mat Lan Mohd, kesal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu dan memohon orang ramai tampil membantunya untuk menuntut keadilan jika terbukti anaknya tidak bersalah dalam kejadian itu. 

    MALAM tadi anak saya telefon dari Johor, mengatakan keretanya tergesel dengan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh anggota polis. 

    Ceritanya, semalam dia membawa kawan-kawannya dari kampung bersiar-siar di Johor Bahru. Sampai di satu simpang, dia ternampak sekumpulan motosikal yang bergerak perlahan. Dia tidak menyangka sekumpulan penunggang itu adalah anggota polis kerana mereka tidak memakai vest cerah (pantul cahaya). 

    Malangnya tempat itu gelap dan kereta anak saya tergesel dengan salah seorang anggota bermotosikal. Terus polis itu bangun dan menarik anak saya keluar dari kereta, lalu ditumbuk beramai-ramai. Selain itu anak saya juga diterajang dan badannya dipijak. 

    Selepas itu, mereka menggeledah kereta dan membawanya ke balai polis berhampiran. Mereka juga tidak membenarkan anak saya buat laporan polis berhubung kejadian itu. 

    Saya menyuruh anak saya membuat laporan polis di balai lain dan membuat medical check up. Sehingga kini dia masih ditahan di wad kecemasan hospital kerana dipercayai mengalami pendarahan dalaman. 

    Anak saya berhijrah ke Johor untuk bekerja kerana tidak cukup wang hantaran perkahwinannya. Selepas ini dia mungkin tidak dapat bekerja lagi. 

    Saya memohon warga Malaysia yang prihatin memberi pembelaan kepada anak saya. Mohon viralkan post ini. 


    Sumber: Mat Lan Mohd

    Semoga polis menyiasat dakwaan ini bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Netizen dinasihatkan jangan cepat melatah dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


    from The Reporter http://ift.tt/2ALTbJj
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment