loading...
  • Breaking News

    Sunday, January 13, 2019

    'Dah gtau dah prepare semua. Koyak baii, berair member aku!' - Member bengang rakannya tak dihargai GF tapi...


    "Tak semua lelaki trash dan tak semua perempuan trash. Tapi apa yang terjadi pada member aku ni memang perempuan ni trash!" demikian tulis Khairi di Twitternya yang berkongsi mengenai perkara yang menimpa rakannya baru-baru ini. 

    Difahamkan, rakan Khairi telah merancang untuk menyambut ulang tahun kelahiran teman wanitanya. Tetapi tuan empunya badan tidak muncul tiba. 

    "Member aku plan booking tempat semua untuk surprise birthday awek dia. Ended up, awek dia tak mahu keluar walaupun dah beritahu dah prepare semua.

    "Koyak baii, berair member aku!" tulisnya dan tweet itu dikongsi lebih dari 6,209 kali. 


    Menurut Khairi lagi, ekoran orang yang dinantikan itu tidak hadir, dia dan beberapa orang lagi rakan lain dijemput untuk menyambut bersama. 

    "Ended up sambut dengan kami saja la. Tuan kedai tanya 'birthday siapa? kek nak bawa keluar dah ka?'. 

    "Member aku jawab, 'tuan birthday tak mai' sambil gelak cover. Sedih siak tengok muka dia yang pura-pura happy. 

    "RT untuk our fallen men guys! Tunjuk kat perempuan yang tak tahu menghargai ni!" tulisnya. 




    Semakan pada thread itu mendapati, ada cerita di sebalik keengganan tuan empunya hadir ke sambutan ulang tahun kelahiran yang dibuat khas untuknya itu. 

    Menurut kenalan kepada gadis berkenaan, Faziela, "Kalau orang lain kat tempat aku, mesti nak protect kawan dia. Samalah juga aku. So boleh end this story. 

    "Boyfriend dia tak cakap apa pun tapi member dia yang lebih. Tutuplah cerita bodoh ini. Seronok pula member dia dapat attention," tulisnya. 

    Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp, gadis itu menjelaskan dia telah dituduh mengatal dengan pengurus restoran McDonald's, selain menuduhnya yang bukan-bukan. 

    "Dia tuduh aku mengatai dengan manager McD. Dia cakap bukan-bukan. Aku tadak hati dah la. Nak keluar dengan dia apa semua. 

    "Aku dah cakap takmau, tak payah taktau. Dia p book jugak. Sampai mama tanya kenapa tak angkat call dia. 

    "Last-last kawan dia teman," jelas si gadis berkenaan. 


    "So GF dia kat rumah sebab esok nak gerak pergi Terengganu sebab nak tengok kakak dia baru lepas bersalin. Bukan sebab pergi menggatal dengan jantan lain ke apa. Aku dah cakap kat member BF dia nak end, tapi makin rancak pula dia," kata Faziela. 

    "Hang jangan ingat aku tak tau cerita. Boy dia pun tau nak pergi Terengganu tapi masalahnya pergi Terengganu itu pukoi 10 malam esok tu. Bukannya pagi buta. Dan masa dia tak mau keluar tu sebab tadak mood kan. Tak tahu hargai langsung apa orang buat," balas Khairi. 



    Sementara itu netizen pula menasihatkan agar perkara itu dihentikan. 

    "Orang kalau putus cinta ni senyap-senyap dah. Ini macam kes haritu punya la. Saja je menunjuk 'effort' dia. Kalau dah kena reject tu tak payah buka aib orang, kan aib sendiri dah terbuka. Tu la sekali orang perempuan tawar hati, diorang tawar hati sekali," kata netizen. 



    from The Reporter http://bit.ly/2Fnva1n
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment