loading...
  • Breaking News

    Sunday, January 13, 2019

    'Terima kasih Ya Allah pinjamkan Aariz Harraz Zahin' - Bayi 9 bulan meninggal selepas koma digoncang pengasuh tertekan sakit datang bulan


    Bayi lelaki berusia 9 bulan yang dipercayai didera oleh pengasuhnya, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sibu, hari ini, lapor Harian Metro

    Aariz Harraz Zahin Azman, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.55 pagi tadi di pangkuan ibunya, Hajijah Tahir, selepas mesin bantuan hayatnya ditutup pada jam 11.30 pagi. 

    Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa dilaporkan dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah pengasuhnya di Taman Permai Jaya, Sibu, sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan. 


    Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan mangsa 'mati otak' pada jam 9.10 pagi semalam. 

    Berdasarkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, mangsa mengalami pendarahan pada otak dan kedua-dua matanya selain mengalami retak di bahagian kiri kepala akibat hentakan kuat. 

    Pengasuh mangsa ditahan oleh polis selepas pasangan suami isteri berkenaan embuat laporan polis. 

    Siasatan polis mendapati, suspek mengaku telah menggoncang mangsa kerana mangsa tidak berhenti menangis dan pada ketika itu pengasuh mendakwa dirinya tertekan kerana mengalami kesakitan akibat datang bulan. 


    Selain itu, polis juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja (atas dasar menolong).

    Selain Aariz, seorang lagi bayi berusia 17 bulan turut cedera di bibir gusi dan patah gigi hadapan disyaki didera oleh pengasuh itu. Namun keadaannya kini beransur pulih. 

    BERITA BERKAITAN:


    from The Reporter http://bit.ly/2HaWq5b
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment