loading...
  • Breaking News

    Thursday, April 4, 2019

    Anak mengadu diliwat guru sejak 2 tahun lalu, tapi ibunya buat tak endah


    Seorang pelajar tahfiz membuat laporan polis Isnin lalu, mendakwa dia telah diliwat oleh gurunya sejak dua tahun lalu, lapor Harian Metro

    Difahamkan, mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Baru Sungai Buloh, Jeram, pernah menceritakan perbuatan jijik ustaz terbabit kepada ibunya, malangnya tidak diendahkan. 

    Mana tidaknya, ibu mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit yang kini bergelar sebagai suaminya. 

    Sumber polis berkata, mangsa yang kini berusia 18 tahun membuat laporan itu di Balai Polis Rawang. 

    Menurut mangsa, kejadian itu berlaku ketika dia berusia 16 tahun di mana dia telah diliwat beberapa kali dari Januari hingga November 2017, sepanjang tempoh dia menginap di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah tahfiz berkenaan. 

    "Pada awal kejadian, mangsa diarahkan bermalam di bilik suspek. Secara tiba-tiba suspek mengarahkannya menanggalkan pakaian sebelum meliwat mangsa. 

    "Suspek juga mengarahkan mangsa melakukan seks oral terhadapnya selain melakukan tindakan sama terhadap mangsa dan perbuatan itu berlarutan beberapa kali. 

    "Pada November 2017, mangsa menamatkan pengajiannya di sekolah itu. Dia pernah mengadu kejadian itu kepada ibunya ketika datang melawat, namun tiada tindakan diambil memandangkan wanita itu mempunyai hubungan cinta dengan suspek. 

    "Mangsa membuat laporan Isnin lalu kerana takut selepas suspek berkahwin dengan ibunya. Dua lagi adiknya yang berusia lima dan 12 tahun kini berada di bawah jagaan ibunya. 

    "Difahamkan, mangsa kini tinggal bersama bapanya. Ibu bapa kandung mangsa sudah bercerai ketika kejadian pada 2017," katanya. 

    Ketua Polis Daerah Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh mangsa dan kes itu kini dalam siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter https://ift.tt/2TU7R1V
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment