Individu yang tidak tidur semalaman atau kurang tidur yang mencukupi berdepan dengan masalah kerosakan otak iaitu sama seperti kesan dipukul di bahagian kepala, menurut satu kejadian yang dijalankan sebuah universiti Sweden.
Menurut penyelidik, kajian yang dijalankan ke atas belia lelaki yang tidak tidur menunjukkan peningkatan dalam jumlah kima yang sama seperti kerosakan otak.
Pensyarah Universiti Uppsala, Profesor Christian Benedict berkata, bahan kimia NSE dan S-100B di dalam kepala merupakan petunjuk bagi kerosakan otak, contohnya yang mengalami gegaran.
"Menurut penemuan kajian, jumlah dua bahan kimia itu yang berada dalam darah responden, meningkat jika mereka tidak tidur semalaman.
"Semasa tidur, otak menjalankan tugas pembersihan daripada bahan toksik, manakala bahan kimia NSE serta S-100B meningkat sebagai tindak balas kepada bahan-bahan tersebut," katanya.
Penemuan itu itu menyokong penyelidikan sebelum ini yang menyatakan otak menggunakan waktu tidur untuk melakukan tugas pembersihan.
Selain itu, ia turut menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan kurang tidur dengan risiko mendapat penyakit nyanyuk, Parkinson dan penyakit sclerosis.
Kesimpulannya, adalah penting bagi seseorang itu mempunyai tidur mencukupi pada waktu malam untuk mengekalkan kesihatan otak kalau nak hidup lama.
Sumber: Agensi via Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/2TVH1GF
via IFTTT
No comments:
Post a Comment