Menurut pengasuh berusia 40 tahun itu berkata, bayi itu sangat aktif dan dia memeluknya kerana mahu memujuknya untuk tidur tengah hari.
Namun, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula menunjukkan kejadian sebaliknya.
Mangsa yang baring di alas tidurnya dilihat dipeluk erat oleh suspek, termasuk kepala dan kakinya serta wajahnya menghadap ke badan suspek.
Mangsa meronta-ronta meminta dilepaskan kerana dia mengalami kesukaran untuk bernafas, tetapi tidak diendahkan sehinggalah mangsa berhenti bergerak selepas 19 minit kemudian.
Suspek kemudian membiarkan mangsa dan melayan kanak-kanak lain tanpa menyedari mangsa sebenarnya telah meninggal dunia.
Keadaan mangsa itu disedari oleh pekerja dapur yang cuba membangunkannya untuk makan.
Apabila dia mengalihkan badan mangsa yang terlentang, dia terkejut melihat keadaan bayi itu lalu memaklumkan kepada pengasuh yang kemudian cuba memberi bantuan pernafasan.
Paramedik tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian, tetapi sudah terlambat kerana mangsa sudah tidak bernafas dan tiada degupan jantung.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu mangsa berkata, pengasuh terbabit ada membuat permohonan maaf kepada mereka, tetapi permohonan maaf itu tidak bermakna kerana ia tidak akan mengembalikan anaknya.
"Selepas kejadian itu, pengetua dan pengasuh itu hanya menghubungi saya untuk meminta maaf," katanya.
Pengasuh terbabit ditahan untuk siastan dan tindakan lanjut.
Sumber: AsiaOne
from The Reporter https://ift.tt/2OLcDOt
via IFTTT
No comments:
Post a Comment