loading...
  • Breaking News

    Wednesday, September 13, 2017

    Didakwa Kantoi “Like” Video Lucah Di Twitter, Ini Respon Ahmad Idham


    Kecoh sekejap di laman Twitter apabila pengarah filem Pencuri Hati Mr. Cinderella iaitu Ahmad Idham didakwa kantoi menonton video lucah apabila tindakannya meletakkan tanda LIKE pada salah sebuah video berkenaan disedari oleh netizen. Namun Ahmad Idham masih tenang dan tidak melatah dengan dakwaan tersebut. Pengarah ini jawapannya yang tersendiri tentang dakwaan ini.

    Kata Ahmad Idham:-

    Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.

    Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak… rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh.

    Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita. Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja.

    Ahmad Idham perlu lebih berhati-hati di masa hadapan dan menjaga keselamatan akaun laman sosialnya untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang. 

    Walaupun ia berlaku secara tidak sengaja ataupun ada pihak yang cuba menggodam akaunnya, reputasi Ahmad Idham selaku pengarah tersohor Malaysia pasti akan tercalar sekiranya perkara yang sama berulang kembali. 

    Sumber mStar Online


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xwPj16
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment