loading...
  • Breaking News

    Wednesday, September 13, 2017

    [Video] Botol Aneh Terapung Semasa Saya Memancing. Apabila Diangkat, Benda Pelik Melekat Di Bawah Botol Tersebut


    Insiden membabitkan kekejaman terhadap haiwan seringkali berlaku. Tidak lama lalu, seorang netizen telah keluar untuk melakukan aktiviti riadah kegemarannya iaitu memancing.

    Pada ketika itu, dia telah menemui sebuah botol berlumut yang terapung dan memutuskan untuk mengambilnya. Dia telah meletakkan jorannya dan terjun ke dalam air serta berenang ke arah botol terapung tersebut.

    Sebaik tiba berdekatan dengan botol itu, lelaki ini menjadi terkejut setelah melihat seekor kura-kura berada di bawah botol tersebut. Rupa-rupanya, botol kosong itu telah dilekatkan dengan gam pada cengkerang kura-kura yang malang ini.


    Perkara ini membuatkan kura-kura tersebut hanya mampu terapung di atas permukaan air dan tidak boleh menyelam ke dalam air bagi mendapatkan makanan.


    Selain itu, didapati botol dan kura-kura tersebut sudah diselaputi dengan lumut sekali gus membuktikan bahawa ia sudah lama dibiarkan dalam keadaan tersebut.

    Kasihan dengan nasib yang menimpa haiwan kecil ini, lelaki tersebut berusaha untuk menanggalkan botol yang melekat pada badan cengkerang kura-kura ini. Ternyata, lelaki ini terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuang botol itu.


    Setelah berjaya, dia telah melepaskan kura-kura tersebut yang akhirnya mampu bergerak bebas di dalam air.

    Walaupun tidak berjaya mendapatkan sebarang hasil daripada pancingannya pada hari tersebut, lelaki ini tetap berasa gembira melihat kura-kura tersebut mampu berenang bebas semula di dalam air.


    Justeru, dia memutuskan untuk memuatnaik gambar peristiwa tersebut bagi mendidik netizen lain untuk sentiasa menyayangi dan tidak menganiaya binatang.


    Sumber: ERA BARU


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2w5s5ix
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment