loading...
  • Breaking News

    Tuesday, August 1, 2017

    Anak Menangis Tidak Terurus, Ibu Sedang Khayal Dengan Dadah Tidur Di Kaki Lima


    Tular gambar dua orang kanak-kanak yang sedang menangis disamping ibu mereka di kaki lima hari ini . Ibu kepada dua orang kanak-kanak itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah .

    Melalui gambar tersebut, anak perempuan wanita itu menangis meminta bantuan serta mencuba untuk membangunkan ibunya yang sedang tidur manakal adiknya seperti tidak tahu apa yang harus dilakukan .

    Mengikut komen netizen yang pernah berjumpa dengan keluarga ini , mereka bukanlah dari negara ini tetapi warganegara Thailand .




    Kejadian itu dilaporkan semalam dan melalui komen-komen netizen , tiga beranak itu sering dilihat berada di sekitar kawasan Chowkit dan Jalan Putra .

    Menurut aktivis Syed Azmi , beliau telah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu namun ketika kelibat tiga beranak itu tidak kelihatan apabila mereka hadir ke lokasi yang disampaikan .

    Salah seorang netizen mengaku pernah melihat mereka ketika berada di Chowkit . Ibu berkenaan pernah cuba untuk menjual telefon bimbit untuk mendapat duit . Tidak cukup itu , anak-anak dibiarkan tidak berbaju dan kencing merata-rata di perhentian bas .

    Kemudian ditambah lagi ” ada yang pernah nak bantu mereka , tapi apabila disuruh datang ke Centre NGO , keesokkan harinya mereka lesap entah ke mana ” mungkin takut dan risau dipisahkan

    Rata-rata yang memberikan komen mengharap agar bantuan diberikan kepada tiga beranak berkenaan ‘ kesian , budak menangis kelaparan’

    Syed Azmi juga meminta sekiranya terdapat sesiapa yang menjumpai tiga beranak itu segeralah memaklumkan kepada beliau agar dapat dibantu dan diuruskan dengan baik .

    Kepada pihak bertanggungjawab, selamatkan dan bantulah mereka .

    UPDATE: Kes Selesai..




    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2veVc1r
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment