Seorang budak dibelasah sekumpulan perusuh sebelum dia dibakar hingga mati.Kejadian itu berlaku di daerah Badagry di ibu negara Nigeria ini.
Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu dengan mukanya berdarah mengangkat tangan sambil orang ramai mengelilinginya dalam keadaan kakinya diikat.
Dia dituduh merompak peniaga tempatan dan juga mengancam membunuh penduduk sebelum ditangkap.
Kanak-kanak itu yang namanya tidak dinyatakan dipukul berulang kali walaupun merayu supaya dimaafkan.
Seorang lelaki dilihat cuba meletakkan tayar terpakai pada lehernya.
Ia bertujuan mencurahkan minyak tanah pada tayar berkenaan sebelum api dinyalakan untuk membakar mangsa.
Budak itu berjaya menolak tayar itu. Namun, dia tetap dibakar hingga mati walaupun sebahagian penduduk mendesak dia diserahkan kepada polis.
Video itu dimuat naik ke media sosial dengan ada pengguna berkata, budak itu berusia 15 tahun dan ada yang berkata, dia mungkin berumur tujuh tahun.
Budak itu didakwa ditangkap di sebuah pasar raya ketika cuba mencuri makanan.
Dia sebelum ini ditangkap beberapa kali kerana kesalahan sama di samping merompak penduduk tempatan.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uXgGgT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment