loading...
  • Breaking News

    Sunday, August 6, 2017

    Bola Takraw Kena Pagar, Lelaki Maut Ditikam Tuan Rumah Dengan Pisau Rambo


    Seorang lelaki mati ditikam warga asing menggunakan pisau rambo ketika bermain sepak takraw, petang semalam.

    Mangsa berusia 40-an ditikam berikutan bola takraw beberapa kali melantun terkena pagar rumah suspek yang berdekatan gelanggang pada jam 5.44 petang, lapor Berita Harian.

    Ketua polis daerah Sandakan berkata suspek dikatakan tiba-tiba menghampiri mangsa sehingga berlaku pergaduhan di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi di Sandakan.

    “Suspek secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau rambo dan terus menikam mangsa. Mangsa cuba melarikan diri namun gagal dan terus rebah,” kata ACP Mohd Azhar Hamin.

    Beliau berkata suspek kemudian ditangkap rakan-rakan mangsa dan menyerahkannya kepada polis bersama pisau rambo.

    Katanya, mangsa dihantar ke hospital tetapi disahkan mati akibat kecederaan parah pada paru-paru dan jantung.

    Akhbar itu tidak menyebut negara asal suspek.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wwFE67
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment