loading...
  • Breaking News

    Saturday, August 5, 2017

    Dakwaan Cuba Jatuhkan Perdana Menteri, Polis Akan Panggil Tun M


    Berikutan dakwaan mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak, pihak polis dilaporkan akan memanggil Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Astro Awani.

    Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak selain siasatan akan dibuat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 500.

    Menurut beliau, laporan mengenai perbincangan bekas perdana menteri Dr Mahathir bersama timbalan perdana menteri itu juga akan diserahkan kepada pendakwaraya untuk prosedur seterusnya.

    "Semua laporan yang diterima akan diambil tindakan oleh pihak polis. Kami telah meneliti laporan polis kedua-dua belah pihak dan dua kertas siasatan juga sudah dibuka.

    "Jangan bimbang, kami akan meneliti semua laporan dengan terperinci dan akan menyerahkannya kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan," katanya.

    Pada Jumaat lalu, Zahid telah menafikan beliau berjumpa dengan Tun M berbincang mengenai konpirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

    Dalam penafian itu beliau menyatakan dia mempunyai cukup bukti termasuk sebuah rakaman bahawa Tun Dr Mahathir yang mencadangkan agar Datuk Seri Najib dijatuhkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen.

    Penafian itu dilakukannya selepas Dr Mahathir baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid telah bertemu dengannya untuk meminta sokongan bagi menggantikan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri.

    Kenyataan Tun M ini dikeluarkan selepas Datuk Seri Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan berhubung keturunan bekas perdana menteri itu yang didakwa berdarah campuran India pada mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya baru-baru ini. 

    Sumber: Siakapkeli.my


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fhmEFm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment