loading...
  • Breaking News

    Thursday, August 3, 2017

    Dibelasah sebelum dibakar sampai mati kerana dituduh mencuri amplifier masjid


    JAWA BARAT, INDONESIA - Akibat disalahsangka sebagai pencuri, seorang lelaki berusia awal 30-an mati dibelasah sebelum dibakar hidup-hidup oleh orang ramai. 

    Dalam kejadian petang Selasa di Masjid Desa Muara Bakti, Jawa Barat itu, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik barangan elektronik itu dibelasah dan dipukul menggunakan batu sehingga kepalanya terkoyak. 

    Tanpa memberi ruang untuk mangsa membela diri, orang ramai terus membakar lelaki itu hidup-hidup. 


    Bagaimanapun siasatan awal mendapati, mangsa sebenarnya bukan pencuri seperti yang didakwa orang ramai. Malah, barangan yang kononnya dicuri oleh mangsa itu adalah miliknya sendiri. 

    Difahamkan, lelaki itu singgah sebentar di Masjid Desa Muara Bakti untuk solat. Bimbang amplifier yang diletakkan di motosikalnya hilang, lelaki itu kemudian membawa barangan elektronik itu masuk ke dalam masjid. 

    Malangnya, beberapa individu yang berada di masjid itu menyangka lelaki berkenaan mencuri amplifier masjid tersebut, lalu terus mengejarnya sehingga ke Kampung Desa Bakti. 


    Tanpa soal selidik, lelaki itu terus dibelasah orang ramai sebelum dicurah dengan minyak tanah dan dibakar sehingga mati. 

    Berdasarkan video kejadian, mangsa cedera teruk di bahagian kepala dan terbaring di atas jalan dipercayai masih bernyawa ketika itu. Namun beberapa individu mendesak agar mangsa dibakar hidup-hidup sebelum seorang lelaki datang mencurah minyak tanah ke badan mangsa dan membakarnya membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu bersorak gembira.


    Hasil siasatan polis, amplifier di Masjid Desa Muara Bakti tidak hilang seperti yang didakwa beberapa individu yang membelasah mangsa. 

    Polis sedang menyiasat kes tersebut dan telah menahan beberapa individu yang terlibat untuk membantu siasatan. 

    Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang merupakan orang susah, pasrah menerima berita kematian lelaki itu. 


    from The Reporter http://ift.tt/2faguqL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment