Ada banyak perkara sebenarnya yang seorang isteri tidak akan beritahu kepada suami, tetapi seorang suami perlu memahaminya. Lelaki pasti sering mendengar kata-kata seperti, “Saya tak fahamlah perempuan ni!” Atau “Perempuan sangat complicated” .Inilah 7 Perkara Rahsia Isteri Tidak Akan Beritahu Suami
Kaum hawa bukanlah berkelakuan seperti itu tanpa apa-apa sebab. Semua emosi yang diluahkan bersebab, hanya kadang-kala sukar untuk diluahkan.
Ada 7 perkara rahsia yang isteri anda tidak akan beritahu, tetapi sebagai seorang suami kita perlu memahaminya.
1. Isteri perlukan kasih sayang anda
Kaum hawa segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri, dia sentiasa memerlukan kasih sayang anda. Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya.
2. Isteri bosan
Hari-hari rutin yang sama, manusia mana yang tidak akan naik bosan? Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari perkara yang sama dilakukannya. Buatlah kejutan atau sesuatu yang istimewa buatnya. Mungkin ada satu hari, si isteri bangun sahaja dari tidur, sarapan telah pun disiapkan dan baju telah dijemur, pasti mengukir senyuman di bibirnya.
3. Isteri mahu dipuji
Siapa tidak rasa gembira bila dipuji? Selepas semua pengorbanannya untuk keluarga dan anak, isteri anda yang dulu cantik berseri, makin hari makin penat dan tidak bermaya wajahnya. Pujilah dia atas jasa yang telah dia lakukan. Ada juga kes si isteri tukar gaya rambutnya semata-mata untuk memberi kelainan pada suami tersayang. Bila suami pulang dari pejabat, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan effort yang si isteri lakukan. Kaum Adam, alertlah. Walaupun perkara itu kecil, ianya sangat bermakna buat isteri.
4. Isteri Cemburu
Ini memang tidak dapat dielakkan. Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti mahupun ibu anda. Isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin rasa dia lah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi jagalah kata-kata anda, janganlah mengores hatinya.
5. Isteri mahu anda menjadi ketua agamanya
Si isteri mahukan seseorang yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik, dia perlukan teguran yang membina. Lagi-lagi kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri lagi lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut.
6. Isteri sebenarnya tidak suka membebel
Mesti ramai jejaka yang tertawa bila baca point ni dan merasakan admin ni berat sebelah. Tidak. Si isteri tidak gemar untuk bebel kepada anda, tetapi ada kalanya anda membuatkan si isteri tidak senang hati bila tidak dibebelnya. Contoh, anda pasti dah biasa duduk rumah bujang, tulis baju tinggal sahaja di lantai, nanti-nanti kemaslah bila ada masa lapang. Ataupun selesai makan terus letak sahaja pinggan mangkuk di singki sampai kering sisa makanan.
Wahai abang-abang diluar sana, anda telah berumah tangga, perlulah mengambil responsibilities sebagai seorang suami. Isteri anda dah penat kemas rumah, pastikan rumah kelihatan bersih dan tersusun. Benda paling kecil anda boleh tolong ialah senangkan lah sedikit kerjanya. Baju tu letaklah ke dalam bilik keranjang, pinggan tu si isteri tidak minta pun basuh semua, hanya basuh yang part anda pun dah cukup bagus dah untuk isteri.
7. Isteri hanya inginkan sebuah keluarga yang stabil dan bahagia bersama suaminya yang tercinta
Bila si isteri bersetuju untuk mengahwini anda, mereka bukan lah ingatkan perkara ini main-main seperti masa kita kecil dahulu main pondok-pondok. Isteri memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Anda sebagai suami haruslah bekerja sama dengan isteri anda untuk membina mahligai cinta yang paling kukuh dan bahagia.
Diharapkan artikel ini dapat menambah kebahagiaan dan membantu si suami dan juga bakal suami di luar sana untuk lebih memahami pasangan masing-masing.
Sumber: iKahwin
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2u6NqqB
via IFTTT
No comments:
Post a Comment