PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis hari ini terhadap pelakon Singapura, Nick Mikael yang memuat naik video ugutan di Facebook kepada Presidennya, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi.
Seniman yang diwakili Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman, Datuk S Subash, 36, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.
"Dia bukan pertama kali mengugut Zed. Sebelum ini dia pernah membuat ugutan sama apabila Zed bersuara mengenai isu pengacara Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Menurutnya, laporan yang dibuat adalah sebagai langkah keselamatan.
"Laporan ini adalah tindakan pertama sebelum berlaku perkara tidak diingini yang lain. Saya terpaksa ambil tindakan ini kerana dalam kes sebelum ini, Zed meminta untuk kami biarkan saja," katanya.
Hadir sama, Pengerusi Biro Penguatkuasaan Perlesenan dan Tatatertib Seniman, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego.
Beego berkata, pada mulanya Zed tidak tahu-menahu mengenai video itu dan dia terpanggil untuk membuat laporan kerana itu adalah menjadi tanggungjawabnya.
Menurutnya, pihak Seniman juga akan melanjutkan laporan itu ke peringkat seterusnya.
"Kami juga akan hantar laporan ini kepada Jabatan Imigresen dan badan-badan kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
"Kita akan selidik sekiranya dia ada rekod kesalahan di Malaysia dan apa tindakan yang boleh diambil terhadapnya sekiranya di masuk ke negara ini," katanya.
Menurut Beego, pihaknya juga terbuka untuk proses pendamaian secara baik.
Jika ada jalan yang pendamaian, kami terbuka untuk berdamai secara baik. Yang penting, artis luar perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya.
Video ugutan dan kata-kata kesat berdurasi lebih empat minit oleh pelakon terbabit terhadap Zed Zaidi semalam tular selepas dia memuat naiknya secara langsung di Facebook.
Nick yang pernah berlakon dalam filem Bicara Hati di Malaysia memuat naik video itu selepas tidak berpuas hati dengan kenyataan Zed mengenai kontroversi membabitkan pelakon Singapura, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astilah baru-baru ini.
Kenyataan Zed disifatkan sebagai peribadi dan seolah-olah mahu menutup periuk nasi artis Singapura yang mencipta kerjaya di negara ini.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2unvseR
via IFTTT
No comments:
Post a Comment