loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 12, 2017

    Bayi Perempuan 11 Bulan Diculik Dan Dirogol Selama 2 Jam Oleh Jiran


    Seorang bayi berusia 11 bulan telah diculik dan dirogol selama 2 jam oleh jiran di Delhi, India.

    Kes tersebut berlaku di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis semasa bayi tersebut sedang tidur bersama ibunya.

    Jiran didakwa telah menculik bayi tersebut dan membawanya ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol pada pukul 10 malam.

    Ibu bayi hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan melapor kepada polis.


    Tidak lama kemudian, polis telah menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    “Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk,” kata seorang pengawai kanan polis.

    Bayi tersebut dikejarkan ke unit jagaan rapi di Hospital Dayal Upadhyay di mana para doktor di hospital berkata yang bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal.

    Bapa bayi itu kemudiannya memberitahu polis:

    “Saya berasa ngeri melihat keadaan anak saya. Bajunya terkoyak dan terdapat kesan kuku di merata tubuhnya. Ia kecederaan teruk yang mungkin memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan anak saya.”

    Polis berjaya mengesan suspek di sebuah kem pekerja di mana suspek tinggal bersama pekerja lain dengan menjejak pemilik telefon bimbit yang ditinggalkan berdekatan bayi tersebut.


    Menurut polis, lelaki itu telah mengaku bahawa dia telah menculik dan merogol bayi tersebut selama hampir 2 jam.

    Police in India say a man has been charged with rape and is currently being held in Tihar Jail

    Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar.

    Sumber: My.theasianparent.com


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wWgjUR
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment