loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 14, 2017

    Tergerak Hati Baca Surah Nuh Semalam, Ibu Tak Sangka Hari Ini Anak Lelaki Tunggalnya Pergi Untuk Selamanya


    KUALA LUMPUR: “Saya redha dia dah pergi” itulah luahan Kamizan Yusof,48, ibu kepada Mohd Zattullah Roslan, 11, yang merupakan salah seorang dari mangsa yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini.

    Ibu mangsa yang tergerak hati untuk membaca surah Nuh semalam dan tidak menyangka ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anak lelaki tunggalnya hari ini.

    “Saya tidak pernah menolak apa-apa yang dia mahu dan Mohd Zattullah merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik.,” katanya ketika ditemui BH, di sini hari ini.

    Kamizan berkata, dia mengetahui mengenai kajadian itu kira-kira jam 7 pagi tadi selepas dihubungi rakannya, Zubaidah Majid, 54, yang menetap berhampiran pusat tahfiz berkenaan.

    “Sepanjang perjalanan, saya berdoa agar Mohd Zattullah selamat tetapi apabila tiba di sini, saya dimaklumkan dia maut dalam kebakaran.

    “Kali terakhir berjumpa arwah Ahad lalu, untuk memenuhi permintaan makanan kesukaan arwah dan barang keperluannya,katanya.

    Sumber: BH Online


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2x0r4VT
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment