loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 12, 2017

    Tunku Sallehuddin Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kedah Ke-29


    ALOR SETAR: Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah iaitu Raja Muda Kedah sebentar tadi telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat semalam.

    Pengumuman pemasyhuran itu telah dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Menteri Besar dalam satu istiadat khas di Balai Penghadapan Baharu, di Istana Anak Bukit.

    Tunku Sallehuddin diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 merupakan anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah dengan pasangannya Sultanah Asma Sultan Sultan Sulaiman,yang juga puteri Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

    Baginda di masyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Disember lalu menggantikan Almarhum Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah, yang mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat gering.

    Tunku Sallehuddin telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan seterusnya menyambung pengajiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid.

    Setelah pengumuman itu dibuat, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mahsri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali.

    Sumber: BH Online, Siakapkeli


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eSCdQE
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment