loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 12, 2017

    [VIDEO] Wanita Ini Dirogol Di Hari Perkahwinannya, Ditikam Sehingga Tak Dapat Lahirkan Anak & Akhirnya..


    Ini merupakan salah satu kisah paling menyayat hati yang akan buat anda sebak. Tak dapat bayangkan perasaan apabila seorang wanita telah dirogol oleh lelaki yang tiada hati perut, perangai syaitan pada hari perkahwinannya. Bukan sahaja dirogol, malah wanita itu telah ditikam sehinggakan dia kemungkinan besar tidak akan mampu untuk mendapat zuriat.

    Dia juga ditimpa lagi musibah apabila suaminya mati akibat terkena racun.. Kasihannya.

    Dirogol pada hari perkahwinan


    Mangsa rogol, Terry Apudo merupakan seorang pastor di sebuah gereja kecil di Nairobi, Kenya. Terry dirogol di hari perkahwinannya. Mengikut tradisi di Kenya, pasangan lelaki dan perempuan akan bermalam bersama sebelum majlis perkahwinan.

    Pada hari perkahwinannya, Terry telah keluar dari rumah dan semasa berjalan dia nampak seorang lelaki duduk di bahagian bonet keretanya. Menyangkakan tiada apa-apa akan berlaku, Terry pun berjalan melepasinya. Tak lama selepas itu, lelaki tersebut terus menyerang Terry dari belakang dan memasukkannya di tempat duduk belakang kereta (Seperti apa yang anda nampak dalam video di atas). Bukan lelaki itu sahaja, malah ada lagi dua orang lelaki menanti dalam kereta.

    Terry menjerit “Hari ini saya akan berkahwin!’ dan mereka membalas sama ada ingin beri kerjasama atau mengugut ingin membunuh Terry. Seterusnya, tiga lelaki itu ambil giliran merogol Terry dan pada ketika itu Terry fikir dia akan mati.

    Saya menggigit kemaluan salah seorang daripada tiga lelaki itu. Dia menjerit kesakitan dan salah seorang daripada mereka datang dan menikam saya di bahagian perut.

    Selepas itu mereka membuka pintu kereta dan mencampak saya keluar dari kereta.

    Tidak boleh melahirkan anak kerana kesan luka yang sangat dalam.

    Tidak lama selepas itu, pihak polis sampai dan membawanya ke hospital. Dia sampai dalam keadaan separuh bogel dan berlumuran dengan darah. Bila keluarga dan tunang Terry mendapat tahu tentang perkara itu, mereka terus bergegas ke hospital.

    Doktor memberitahu Terry bahawa luka tikaman di perutnya sangat dalam dan berkemungkinan besar dia tidak akan dapat melahirkan zuriat. Terry juga diberi morning-after pill, dan ubat-ubatan untuk melindungi dirinya daripada dijangkiti HIV dan AIDS.

    Suami mati akibat racun


    Walaupuan keadaan Terry sebegitu, Harry (Tunang) tetap ingin berkahwin dengan Terry. Majlis perkahwinan mereka diadakan 7 bulan selepas Terry dirogol.

    Semuanya kembali seperti sediakala sehingga lah pada satu malam Harry mati akibat terkena racun karbon monoksida dalam rumah mereka. Terry juga hampir hilang nyawanya tetapi dia dapat diselamatkan. Akibat dari insiden itu, Terry sangat tertekan dan tidak ambil tahu tentang dunia luar.

    Ditakdirkan berjumpa dengan seorang lelaki baik


    Tetapi hanya seorang yang dibenarkan untuk melawatnya, iaitu seorang pastor bernama Tonny Gobanga. Kasih sayang serta hati budi yang baik dari Tonny telah membuatkan hati Terry kembali pulih dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

    Saya memberitahu;

    Saya tidak boleh mendapatkan zuriat untuk awak, jadi saya tak boleh berkahwin dengan awak.

    Tonny membalas;

    Anak merupakan kurniaan dari Tuhan. Jika kita dapat, bersyukur. Jika tidak, saya akan ada lebih masa untuk mencintai awak.

    Akhirnya dengan kuasa tuhan


    Tapi sekali lagi Terry ditimpa nasib malang apabila setahun selepas perkawinan keduanya, Terry telah jatuh sakit. Bila Terry sampai di hospital, doktor memberitahu bahawa dia bukannya sakit tetapi dia sedang hamil. Perasaan Terry dan Tonny bila memegang bayi mereka tidak boleh digambarkan.

    Empat tahun selepas itu, mereka dapat lagi seorang anak perempuan.

    Kini Terry telah menulis buku mengenai kisah hidupnya dan dia menjadi duta untuk mangsa-mangsa rogol.

    Sumber: OHBULAN


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wYhvbF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment