loading...
  • Breaking News

    Wednesday, September 13, 2017

    Warga Afrika Cekik Dan Cuba Lemaskan Budak Perempuan Akhirnya Ditahan


    Puchong: Seorang lelaki warga Afrika seolah-olah dirasuk apabila mencekik seorang kanak kanak perempuan sambil cuba melemaskan mangsa kedalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Puchong, di sini.

    Kejadian itu yang dipercayai berlaku jam 5 petang Sabtu lalu menjadi tular hingga mencemaskan orang ramai.

    Rakaman dipercayai diambil menggunakan telefon pintar itu turut menunjukkan lelaki berusia Iingkungan 30an menjerit dan bertindak gila.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan menerima panggilan daripada pengawal keselamatan pangsapuri itu yang menahan suspek.

    "Polis menerima laporan seorang lelaki Afrika yang kurang siuman membuat kacau di iokasi. Lelaki itu kemudian ditahan dan di bawa ke Balai Bukit Puchong.

    Sumber: Harian Metro


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2x0OegF
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment