loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 14, 2017

    Warkah Sayu Rizalman Untuk Anak Angkatnya di Sekolah Tahfiz


    Hari ni negara dikejutkan dengan berita kebakaran, di Sekolah Darul Quran Istifaqiyah, Keramat pagi tadi (14 September).

    Turut terkesan adalah pereka fesyen terkenal, Rizalman yang turut menghantar anak angkatnya untuk belajar di sana suatu ketika dahulu.

    “Saya merasa amat2 terkesan akibat kejadian ini kerana ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telahpun bergelar anak2 ‘angkat’ saya selama ini kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa2 majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas.

    Kekayaan doa2 mereka yang mereka sampaikan pada Allah pada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah2 suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya.

    Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak2 ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa.

    Pada ibu bapa anak2 ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yg terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini.

    Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis harijadi ini dan saya tujukan khas pada anak2 ini yang berbunyi.

    ‘ keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah2 seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika di izinkan…’

    Sempat saya berpelukan dengan pengetuanya tadi.. beliau berbisik..’maafkan saya.. ‘ airmata kami berjuraian.

    Bernaunglah kalian pada naungan Arash yang akan merupakan tempat yang disediakan.

    Buat Umar anakanda ku, lihatlah kebesaran Allah dan fahami lah apa itu qada dan qadar.

    Babah masih bisa memiliki mu dan kita semua adalah pinjaman dariNya.

    Dalam kejadian itu,seramai 24 Mangsa Meninggal dunia termasuk warden dan pelajar serta Beberapa org Cedera.

    (Maklumat Awal) Semoga keluarga mangsa tabah hadapi Ujian besar drp Allah Swt. Al fatihah.

    ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..

    ‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu

    “Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia”.


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eWQQSI
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment