Alangkah bahagianya bila dapat berkahwin dengan pasangan pilihan sendiri. Ditambah pula dalam majlis yang meriah dihadiri oleh sanak saudara dan kenalan-kenalan terdekat yang turut menumpang gembira.
Di awal perkahwinan jangan disangka tiada dugaannya. Suami memainkan peranan penting dalam membentuk rumah tangga, isteri juga perlu bersama-sama membantunya.
Perkongsian pengalaman awal perkahwinan wanita ini wajar dijadikan sebagai iktibar buat pasangan yang bakal atau baru berkahwin. Jika mudah berputus asa saat diujiNya. Sebaliknya, bersama-sama menempuh susah senang bersama. Percayalah pasangan, jangan khianati kepercayaan, berusaha memajukan keluarga, iNshaAllah dipermudahkan segala urusannya.
BILA masuk saja ke rumah ini, timbul perasaan sedih. Semua cerita lama bangkit. Kau bayangkan, dua tahun lepas aku baru lepas bersalin. Aku dan suami kena cari rumah sendiri, berdikari sendiri. Suami diberhentikan kerja, aku tak kerja. Duit masing-masing tak ada. Deposit rumah kena bayar. Pinjam merata tetapi seorang pun tak ada masa itu.
Suami jual sparepart motosikal kesayangannya, dapatlah RM5,000. Itupun bukan dapat lump sum. Jual barang dapat, jual barang dapat, lepas itu beli barang Anggun dulu. Lepas itu bawa masuk ke rumah ini 2015 hari itu.
Permulaan dalam rumah ini sangat-sangat mencabar. Boleh dikatakan nak makan pun susah. Menangis aku kadang-kadang. Teruji kuat sangat. Kesusahan sampai tahap beberapa kali aku minta cerai dari suami.
"Ampunkan sayang, ayang,"
Bukan semua orang tahu susah kami macam mana, susah sangat. Rumah ini saksi segala kejadian bergaduh, terjerit-jerit, anak menangis tengok kami bergaduh sebab hidup serba tak cukup. Tetapi beruntungnya aku sebab suami aku bukan kaki pukul. Gaduhlah macam mana pun.
Dua tahun duduk di rumah ini, Anggun dari kecil sampai sekarang, macam-macam ujian. Anggun anak susah senang kami, mata perasaan budak dia yang tengok Mami Daddy dia bela dia macam mana. Allah, takut sangat bila ingat semula cerita lama dulu. Tiba Allah dah kata rezeki memang takkan ke mana, masuk rumah baru ini kami tak terniat langsung akan duduk rumah yang cukup selesa seperti sekarang.
Seingat aku, asal boleh dijadikan wang, kami suami isteri laju-laju redah hujan hantar order customer. Orang tak tahu kami susah macam mana. Dengan orang sekeliling mengata kami termasuk kawan-kawan sendiri. Ada yang cakap kami ini pengemis, ada yang sampai cakap kami ini tak sedar, sudahlah miskin tak berharta, hidup hanya nak senang. Ternyata kami bukanlah orang senang. Kami memang kurang kawan selepas daripada kami bangkit semula.
Rumah lama, aku berat sangat nak lepaskan kaki ini keluar. Terima kasih dengan segala kenangan susah senang. Terima kasih sudi tumpangkan kami selama dua tahun. Terima kasih kerana menjadi saksi susah senang kami tiga beranak. Terima kasih sebab jadi yang pertama dalam keluarga kami.
Sebentar lagi owner nak ambil kunci rumah, semoga pemilik baru akan ceriakan rumah ini dan jaga seperti mana kami pernah jaga rumah ini dulu.
Semoga tahun depan adalah tahun yang lebih sempurna daripada tahun ini. Target tahun depan dah ada, kita jalan saja seperti biasa. Positifkan diri. InshaAllah semua akan menjadi mudah nanti.
Pesanan untuk mereka yang nak berkahwin atau baru berkahwin, sebaik-baiknya keluarlah dari rumah ibu bapa kamu selepas kamu bernikah. Belajarlah erti kesusahan bersama suami, bangun bersama-sama, cukupkan kehidupan kamu dan suami bersama. Baru kamu akan tahu nikmat hidup susah bersama suami.
Nak kahwin, nak naik pelamin memang senang. Tetapi susah selepas kahwin bukan siapa pun tahu. Lagi satu, ingat tau suami isteri bergaduh sebab duit, semua serba tak cukup itu adalah ujian yang nak menguji sama ada korang kuat atau tidak. Ramai yang gagal dan salah satu puncanya adalah berputus asa atau dah malas nak ambil port tanpa fikir keadaan anak atau masa depan.
Ingat, perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Tengok orang kahwin, kau sibuk nak kahwin. Risau kiamatlah, tak sempatlah bagai. Kau kena fikir dulu bila kau kahwin nanti, benda-benda ini yang kau kena hadap. Kalau kau mampu sekarang, kau dah boleh buat apa yang patut.
Sebagai ketua keluarga, kena mainkan peranan yang besar menjaga isteri dan anak serta keluarga. Tak sama seperti kau menjaga motosikal kau, tak sama seperti kau menjaga kereta kau ataupun mata pancing kau.
Sama-sama kita ambil iktibar dari pengalaman ini .
Sumber: Syifaa Nur
from The Reporter http://ift.tt/2EvjVAs
via IFTTT
No comments:
Post a Comment