loading...
  • Breaking News

    Friday, August 3, 2018

    'Saya dipatuk ular' - Doktor dan jururawat tergamam bila pesakit bawa ular yang masih hidup


    Orang ramai selalu dinasihatkan untuk membunuh ular yang telah mematuk kita dan bangkainya dibawa ke hospital agar doktor mudah mengenalpasti jenis ular tersebut dan ubat anti-venom untuk merawat pesakit.

    Bagaimanapun, wanita ini mengambil keputusan untuk tidak membunuh ular yang mematuknya, sebaliknya dia menangkap dan membawa ular yang masih hidup itu ke hospital. 


    Menurut laporan Sin Chew dan China Daily, kejadian itu berlaku pada 29 Julai lalu di wilayah Zhejiang, China. Wanita berusia 20-an terbabit sebelum itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada malam kejadian. Malangnya, telefon bimbit miliknya terjatuh dalam semak. 

    Ketika dia cuba mengambil telefon bimbitnya semula, seekor ular yang bersembunyi dalam semak itu telah mematuk ibu jari tangan kanannya. 

    Walaupun kecederaannya bukan serius, namun mangsa tahu dia perlukan rawatan dan terus menangkap ular itu dengan tangan kosong dan pergi ke hospital. 


    Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa mengangkat tangannya untuk menunjukkan kepada petugas perubatan dan memberitahu "Saya dipatuk oleh ular.". 

    Doktor dan jururawat tergamam melihat keberanian wanita itu. 

    "Kebiasaannya, mangsa akan membunuh ular yang mematuknya sebelum bawa ke hospital. Luka patukkannya kecil saja, tiada sesiapa yang berani mendekati wanita itu," kata salah seorang doktor yang merawatnya. 



    Bagi mengelakkan pesakit lain ketakutan, mangsa menyumbat kepala ular itu dalam botol agar ia tidak dapat mematuk orang lain. 

    Mangsa bernasib baik, ular tersebut tidak berbisa. Selepas lukanya dibersihkan, doktor memberi suntikan dan dia dibenarkan pulang ke rumah.



    from The Reporter https://ift.tt/2vyzKT0
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment