loading...
  • Breaking News

    Tuesday, May 14, 2019

    (Video) Kanak-kanak perempuan maut terjatuh dari tingkat 11


    Seorang kanak-kanak perempuan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 11 ketika bermain di balkoni tanpa pengawasan orang dewasa. 

    Dalam kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Pattaya, Thailand kelmarin, mangsa yang berusia lima tahun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) bermain di luar balkoni seorang diri. 

    Difahamkan, kanak-kanak terbabit menginap di hotel berkenaan bersama bapanya, keluar dari bilik selepas bapanya yang tertidur kepenatan, terlupa menutup pintu bilik. 

    Mangsa dilihat bermain dan memanjat balkoni sebelum terjatuh. 

    Mayat mangsa ditemui oleh pekerja hotel yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapanya. 



    from The Reporter http://bit.ly/2E6snHD
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment