Pelakon Amyra Rosli memberitahu sejak hamil anak kedua dia mengelakkan diri daripada melayari laman sosial kerana bimbang mengidam jika terlihat makanan atau juadah menyelerakan.
Usia kandungan kini mencecah lapan minggu, Amyra berkata dia baru saja memesan kek berkrim daripada Tawau, Sabah ketika ternampak manisan itu di Instagram.
“Saya kalau boleh cuba mengelak daripada melayari Instagram kerana bimbang tiba-tiba mahu menjamah juadah yang sama seperti dimuat naik pengguna aplikasi itu.
“Bukan banyak pun saya makan, cuma lebih kepada teringin mahu menjamah, terutama pada tengah malam. Kata orang, cukup untuk melepas rasa di tekak.
“Baru-baru ini, saya meminta Amar menyediakan bihun bersama sos. Biarpun pelik, tetapi dia penuhi juga permintaan saya itu. Pernah sekali, saya begitu teringin mahu menjamah mi segera, walaupun hidangan itu tidak baik untuk wanita hamil selepas melihat orang lain menikmatinya di Instagram,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Amyra berkata lagi meskipun selera makannya semakin bertambah, namun dia tidak mampu menjamah banyak kerana tekaknya kurang selesa. Namun, alahan yang dialami untuk kehamilan kedua ini juga tidak seteruk ketika mengandungkan anak sulungnya, Anaqi.
Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Jv7l7D
via IFTTT
No comments:
Post a Comment