Gara-gara menghina kemaluan bekas isteri berbau ikan masin, pelakon Indonesia, Galih Ginanjar kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun.
Difahamkan, Galih mengaibkan nama isterinya pada ketika itu, Fairuz A Rafiq, di sebuah program talkshow yang disiarkan di YouTube dengan menceritakan hal peribadi mereka secara terbuka.
Selain itu, Galih juga mendedahkan hubungan kelamin antara mereka hanya bertahan selama 15 minit sahaja dan mendakwa kemaluan Fairuz berbau seperti ikan masin.
Berang dengan tindakan Galih, Fairuz dan keluarganya membuat laporan polis dan membawa kes itu ke mahkamah.
Galih dan Fairuz berkahwin pada 5 Mac 2011 tetapi bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak pada 2012, King Faaz Arafiq.
Sumber: Astro Gempak, CNN Indonesia
from The Reporter https://ift.tt/2L1CiDm
via IFTTT
No comments:
Post a Comment