loading...
  • Breaking News

    Saturday, July 13, 2019

    Ibu buat laporan polis kerana anaknya dibelasah selepas kantoi ceroboh kedai runcit


    Seorang remaja berusia 13 tahun dibelasah selepas dicekup kerana menceroboh masuk ke sebuah kedai runcit. 

    Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.15 pagi di Simpang Empat, Balik Pulau, Rabu lalu.

    Berdasarkan keterangan saksi (pemilik kedai) dia terdengar bunyi bising di luar premis sebelum ternampak suspek cuba menceroboh masuk ke bumbung kedainya.

    "Pemilik kedai itu berjaya menahan suspek yang kemudian memberitahu beberapa lagi rakannya turut bersama menceroboh premis itu, namun mereka sempat melarikan diri," katanya.

    Suspek kemudian diserahkan kepada polis dalam keadaan belakang badannya berbirat akibat dipukul dengan paip getah.

    "Suspek diserahkan kepada polis dan terpaksa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan badan dipercayai akibat dipukul ketika dicekup sebelum itu. 

    "Siasatan lanjut mendapati, suspek sudah dibuang sekolah dan ketika kejadian, dia bersama lima lagi rakannya yang masih bebeas cuba menceroboh kedai itu. 

    "Beberapa hari sebelum itu, salah seorang daripada rakan suspek berjaya menceroboh kedai runcit itu dan mengambil rokok serta kad tambah nilai prabayar. 

    "Bagaimanapun, cubaan mereka untuk sekali lagi menceroboh premis terbabit gagal apabila pemiliknya menyedari perbuatan itu," katanya. 





    Sementara itu, ibu suspek tidak berpuas hati melihat keadaan anaknya yang cedera dibelasah sehingga meninggalkan kesan birat, bertindak membuat laporan polis.

    Siasatan polis setakat ini mendapati, suspek dipukul tiga lelaki dipercayai menggunakan paip getah di luar kedai runcit. 

    Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter https://ift.tt/2jGXzGx
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment