loading...
  • Breaking News

    Tuesday, July 9, 2019

    'OKT mampu bayar lawyer berprofil tinggi, beli lapo baru seketoi tak mampu pula?' - Netizen


    Susulan kes 19 pelajar UPNM didakwa membunuh Allahyarham Zulfaran, kembali hangat di media sosial, ramai tidak sabar menunggu keputusan mahkamah pada 31 Julai ini. 

    Tidak kurang juga yang menzahirkan pandangan masing-masing berhubung kes tersebut dan antaranya dari seorang pengguna Twitter ini. 

    "Saya ada dua soalan:

    1. Orang Kena Tuduh (OKT) semua bayar lawyer berprofil tinggi mampu, beli laptop baru seketoi tak mampu pulak?

    2. Kalau OKT semua tak bersalah dan terlepas dari semua tuduhan, dah tu, siapa yang seksa Zulfarhan dan iron satu badan dia sampai mati? Dia seksa diri sendiri? Oh, ok. 



    "Ada terbaca yang lawyer defend budak-budak ini pernah defend kes Anwar Ibrahim dan Saiful. Pastinya budak biasa-biasa ye bayaran yang hire lawyer-lawyer ini.

    "Ada yang beritahu price range might be around RM50,000 - RM100,000. Might as well beli 90 bijik laptop baru dari bunuh anak orang, 

    "Tolonglah jangan kata 'terbunuh tanpa niat'. Hampa guna iron panas kot? What do you expect? Daging manusia boleh masak kalau guna iron panas. Ayaq pun boleh menggelegak. 

    "Pernah terbaca mak dia beritahu press yang dia boleh ganti 10 buah laptop, tetapi depa boleh ganti balik anak dia tak?

    "Allahyarham Zulfarhan deserve nothing but a justice. This is just my personal opinion. I know everyone have their own valid opinion regarding this case. I don't have law background so this is just me questioning myself. Please don't argue and I hope no one take this tweet seriously," tulisnya. 

    Walau apa sekalipun pandangan netizen, rata-rata mendoakan agar keadilan berpihak kepada mangsa. 















    Inilah kesan dan akibat jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak bahawa tindakan membuli itu adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan di mana ia boleh menyebabkan masa depan yang sepatutnya cerah bertukar menjadi gelap. 

    Sebaik-baiknya, didiklah anak dengan menerapkan perkara yang baik seperti menyayangi kawan, menghormati sesama diri dan tidak mengambil tindakan sendiri tanpa sehingga menimbulkan masalah yang besar. 

    Sumber: Munism


    from The Reporter https://ift.tt/2La9jNW
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment