Wanita ini disahkan mempunyai ketumbuhan cyst. Pada awalnya, dia hanya rasa sakit badan dan meminta seorang tukang urut datang mengurut kerana disangkanya angin dalam badan. Tetapi dia terkejut apabila diberitahu tukang urut, ada ketulan di perutnya.
Di hospital, pembedahan dilakukan dengan segera dan dikatakan terdapat sesuatu seperti rambut pada cyst yang besar. Salah satu punca pada pertumbuhan cyst ini adalah kerana gemarkan makanan segera.
BANYAK sangat WhatsApp masuk, pm masuk tanya kenapa Kak Eyza admit?? Kenapa Kak Eyza operate?? Sampai tak terbalas WhatsApp.
Ok ni la hampa, sejenis cyst besar kan? Kak Eyza tak pernah rasa sakit pun sebelum ni. Period mai macam biasa, tak penah senggugut. Pernah scan bulan Disember 2018 tapi tak ada lagi benda alah ni. Tak tahu kot tak nampak lagi ka, macam mana kan.
Tapi minggu lepas Kak Eyza rasa macam sakit badan. Ingat angin, sampai nak pitam. Ambil tukang urut. Akak tu urut, dia kata ada ketul. Terus suruh Kak Eyza scan. Dia tak berani nak tungku.
Malam itu juga Kak Eyza scan. Betul ada ketul (dua pulak tu). Minggu lepas scan 5.7 cm dan 2.8cm. Minggu ni mendadak naik 9.7 cm dan 5.7 cm.
Akhirnya jumpa pakar KMC terus kena operate secepat mungkin sebab cyst yang besar tu macam ada sesuatu, siap ada rambut.
Doktor beritahu benda ini ada dekat semua perempuan cuma active atau tidak saja. Salah satu punca sebab Kak Eyza suka sangat makan fast food, McD, KFC, seafood, soya, makan dalam tin.
Besar tau operate macam beranak, malah kali ini lagi teruk dari beranak sakit. Tuhan saja yang tahu. Hari ini pun Kak Eyza dok sakit sakit, bangun je nak pitam, dengan angin serang dalam perut. Sakit.
Dan sekarang Kak Eyza tengah berpantang macam orang beranak. Doakn Kak Eyza, mana tahu lepas buang ini boleh pregnant lagi. Allah sebaik-baik perancang. Doakan Kak Eyza cepat sembuh. Ingat, jangan makan ayam banyak sangat sebab ayam cucuk. Jangan makan fastfood sangat. Tauhu pun cepat activekan dia. Soya pun jangan.
Sumber: Eyza Zakiey
from The Reporter https://ift.tt/2SgNMnC
via IFTTT
No comments:
Post a Comment