Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan pada Mei 2020, jauh lebih awal berbanding tempoh lima tahun selepas PRU14.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat berkata, jangkaan itu dibuat selepas melihat keadaan politik negera terutama apa yang menurutnya dalam Pakatan Harapan (PH).
"Jangan risau, kerajaan ini kerajaan setengah penggal saja, bukan satu penggal. Tak akan dapat bertahan pun.
"Kalau P Ramlee dia ada belalang, saya tak ada. Tapi saya yakin PH tak akan lama bertahan. Saya jangka pilihan raya selepas Mei hingga Disember tahun depan," katanya.
Tok Mat yakin, Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
"Dalam keadaan begini, tambahan pula mengenali atuk (Mahathir), dia ak akan bagi dekat abang kita (Anwar). Saya percaya dan yakin dia tak akan bagi.
"Bila tak bagi, abang kita akan turun ke padang balik setiap minggu. Apabila keadaan sudah tak tenteram, atuk akan jumpa Yang di-Pertuan Agong (untuk) bubarkan Parlimen.
"Jangan kita tak percaya ketentuan Tuhan. Kalau dah tertulis dia tak akan jadi pertana menteri, tak akan jadi," katanya.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/2KWjcyP
via IFTTT
No comments:
Post a Comment