loading...
  • Breaking News

    Monday, July 15, 2019

    'Tiada siapa yang lawat dia' - Bayi 7 bulan ditinggalkan sebatang kara di hospital, ibunya jadi 'gila' kerana suami curang


    Sudah diberi rezeki anak, namun lelaki ini entah di mana pertimbangannya sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab demi mengejar perempuan lain. Isterinya yang masih dalam pantang pula diduga dengan penyakit 'gila' dek perbuatan suami.

    Bayi mereka yang berusia tujuh tahun pula ditempatkan di wad hospital, tanpa dilawat oleh sesiapa pun dan hanya mampu mengemis kasih sayang dari jururawat yang bertugas. 

    SAMPAI ke malam ni tak habis fikir lagi. Kenapalah tegar si ayah buat anak secomel ini terbiar begini. Tanpa seorang pun, tiada yang melawat bayi berusia tujuh bulan ini. Sudahlah sebatang kara dia di sini. Mujur ada jururawat yang baik menjaga bayi ini seperti anak mereka sendiri. 

    Di hati kecil ini, menangis apabila mengetahui kisah bayi malang ini. Paling membuatkan hati rasa sebak adalah, si ibu yang telah diuji dengan penyakit 'gila' kerana suaminya ada perempuan lain. Mungkin dia tertekan sejak di dalam pantang lagi ataupun sudah lama menanggung tekanan itu. 

    Wahai si ayah dan perempuan, kenapalah sanggup bina kebahagiaan di atas penderitaan insan-insan lain? Allahuakbar, sedih sangat setiap kali terpandang wajah bayi yang tidak mengerti tentang kehidupan ini. Hati menangis semahu-mahunya. Semoga bila besar nanti bisa menggegarkan dunia untuk sebarkan Hidayat ya sayang. 

    Buat ayah-ayah di luar sana, fikirkanlah sejenak untuk apa kita dihidupkan di dunia. Fikirlah matlamat sebenar kita di sini. Bimbinglah isteri dan anak sebaiknya. Amanah Allah usah dipersiakan. Kelak menyesal tak sudah. Fikirlah sebelum kita kembali ke tempat asal. Tiada peluang kedua untuk kita kembali ke sini lagi. 


    Ramai yang bersimpati dengan nasib bayi berkenaan sehingga ada yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat. Namun menurut wanita yang berkongsi cerita mengenai kisah itu berkata, perkara itu mungkin tidak akan berlaku kerana bayi itu adalah hak ibu kandungnya. 

    Maaf semua. Saya terkejut beribu orang PM saya bertanya tentang bayi itu. Maaf, saya tidak menang tangan untuk membalas. Saya juga sibuk menjaga anak di wad yang sama dengan bayi itu. 

    Banyak soalan dan pertanyaan apakah bayi itu boleh diambil? Untuk pengetahuan semua, bayi itu tidak boleh diambil untuk dijadikan sebagai anak angkat kerana bayi itu masih hak ibunya. Dia dibawa jagaan pihak hospital dan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

    Apa yang saya dengar, berkemungkinan bayi itu akan dipulangkan kepada ibunya apabila ibunya sudah kembali sihat. 

    Seperkara lagi, di sini tidak dibenarkan melawat kerana bayi itu ditempatkan di wad pengasingan. Hanya ibu bapa bayi sahaja yang boleh masuk. 

    Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk bayi itu ya. 



    from The Reporter https://ift.tt/2lrjxhh
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment