Viral di media sosial kini video dan gambar seorang wanita bertindak menghalang pemandu kereta lain dari mengambil petak parking yang telah dicopnya terlebih dahulu.
Menurut Fidonendo Dido, dia biasa melihat insiden itu viral di media sosial, namun tidak menyangka ia berlaku kepada dirinya hari ini.
"Biasa tengok terjadi kat orang lain, hari ini ada rezeki anak-anak belajar cara deal dengan golongan cacat mental ini.
"Kena ajar anak-anak kita stand firm on your ground and fight for your right," tegas Fidonendo.
Berdasarkan perkongsian itu, Fidonendo mendakwa pemandu kereta Honda City itu terlepas petak parking tersebut dan ketika Fidonendo baru saja mahu mengambil petak parking itu, seorang perempuan tergesa-gesa keluar dari kereta terus berdiri di petak tersebut.
"Dia dah terlepas parking, laju-laju dia keluar cop parking berdiri di petak itu.
"Tak ada masalah, kita tunggu sekuriti sampai okey," tulisnya.
Dalam perkongsian gambar, wanita itu turut mengheret ibu dan anaknya berdiri di petak parking itu semata-mata tidak mahu mengalah.
Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengalah selepas gagal menundukkan Fidonendo dan terpaksa mencari petak parking yang lain.
Menurut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan.
Undang-undang ini boleh digunapakai di semua kawasan ada ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat beli-belah.
Hukumann bagi pesalah cop parking ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Bagi pengguna yang menghadapi situasi seperti itu adalah dinasihatkan untuk menghantar aduan ke WhatsApp JPJ 0134498997 atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my dengan turut menyertakan butiran pengadu, lokasi, tarikh, masa, no pendaftaran kenderaan dan butiran kejadian.
Sumber: Fidonendo
from The Reporter https://ift.tt/2LTvckf
via IFTTT
No comments:
Post a Comment