Video yang dimuat naik oleh Nasya di Twitternya pada Selasa lalu menunjukkan lelaki itu enggan mengaku dan meminta Nasya tidak merakam wajahnya.
Apabila disoal mengapa dia masuk ke tandas wanita, lelaki itu menegaskan dia masuk untuk membuang air besar sambil berjalan menjauhkan diri dari Nasya dan rakannya.
Namun, Nasya yakin bahawa lelaki itu sememangnya berniat jahat ketika menceroboh tandas wanita.
"Kalau dapat tangkap, tolong tahan si babi ni. Tadi aku dapat kantoikan dia masuk tandas perempuan. Selepas itu, ngendap guna cermin!
"Yang selalu pergi Kipmall Kota Tinggi tu hati-hati. Benda ini baru terjadi kat diri aku sendiri," katanya.
Menurut Nasya lagi, kejadian itu pernah berlaku di Kipmall suatu masa dulu dan tidak menyangka kejadian itu akan berulang lagi.
"Sebelum ini dah ada kes, tapi tak tahu siapa yang buat. Ini terjadi balik, pastu kantoi terus.
"Tak tahulah orang yang sama atau tidak. Tapi kalau memang orang yang sama, siaplah dia. Sebelum ini tak pernah kantoi, tetiba semalam kantoi, memang kalau dia buat lagi, dia bodoh," katanya.
KALAU DAPAT TANGKAP, TOLONG TAHAN SI BABI NI. TADI AKU DAPAT KANTOI KAN DIA MASUK TANDAS PEREMPUAN LEPAS TU NGENDAP GUNA CERMIN !!!! YANG SELALU PERGI KIPMALL KOTA TINGGI TU HATI HATI. BENDE NI BARU JADI KAT DIRI AKU SENDIRI 😰😰— nasya (@nasyatulsuraya) July 2, 2019
TOLONG RT !!! pic.twitter.com/mGmibR3vIT
Netizen memuji keberaniannya berdepan dengan lelaki itu, namun menasihatkan agar berhati-hati kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Orang ramai khususnya golongan wanita dinasihatkan berhati-hati apabila menggunakan tandas awam.
Sumber: Nasya
from The Reporter https://ift.tt/2XhU0UY
via IFTTT
No comments:
Post a Comment