loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 6, 2020

    Polis temui surat wasiat mangsa kepada anak lelaki

    Mayat seorang wanita ditemui disumbat dalam beg di Jalan Aman, Sibu, awal pagi Selasa (6/10/2020). 


    Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit  berkata, mangsa ditemui tanpa sebarang pengenalan diri bersama dengannya. Keadaan mangsa ketika ditemui juga didapati bengkak di bahagian mata. 


    Stanley berkata, sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi pada jam 6.45 petang selepas dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan beg besar yang mencurigakan di tepi jalan. 


    Siasatan awal menemui sekeping surat terakhir dan wasiat untuk pembahagian harta miliknya kepada anak lelakinya. 


    Namun tidak dinyatakan nama penerima wasiatnya itu di dalam surat berkenaan.


    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan polis sedang menyiasat kes itu.


    Sumber: The Star


    LAPORAN BERKAITAN



    from The Reporter https://ift.tt/3nf9LtY
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment