loading...
  • Breaking News

    Saturday, November 14, 2020

    2 lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan 15 tahun di tangga & rumah tak bernombor


    Dua lelaki warga Rohingya termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, di dua mahkamah berasingan, Khamis lalu, 12 November 2020. 


    Tertuduh pertama, remaja berusia 17 tahun yang tidak diwakili peguam didakwa di Mahkamah Majistret Ampang. 


    Mengikut pertuduhan itu, tertuduh didakwa merogol mangsa di tangga sebuah rumah di Taman Komersial, Pandan Indah, pada Ogos lalu, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


    Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhammad meminta mahkamah tidak memberi jaminan kerana tertuduh adalah warga asing yang berkemungkinan akan melarikan diri dari dikenakan tindakan undang-undang. 


    Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan Majistret Normaizan Rahim menetapkan 6 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen. 


    Seorang lagi tertuduh, Mohammed Karim Mohammad Shobi, 20, didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang bagi dua pertuduhan merogol mangsa yang sama. 


    Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Komersial, Pandan Indah pada jam 3 petang, Oktober 2019 dan 1 tengah hari pada September lalu. 


    Tertuduh yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


    Peguam kepada tertuduh, Kelvinder Singh Sidhu meminta mahkamah membenarkan anak guamnya yang bekerja sebagai operator kilang diikat jamin kerana perlu menjaga isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dan dia merupakan sumber pendapatan tunggal dalam keluarganya. 


    Namun, Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh tidak diberi ikat jamin kerana tertuduh merupakan warga asing yang boleh melarikan diri dari tindakan undang-undang. 


    Hakim Norhazani Hamzah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Disember 2020 sebagai tarikh sebutan kes untuk penyerahan dokumen. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3kwT6iU
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment