Seekor anjing betina mati selepas dirogol dan ditikam sekumpulan lelaki yang tidak berhati perut dalam kejadian yang mengerikan berlaku pada 1 November di Bogota, Colombia.
Video rakaman yang viral di media sosial menunjukkan haiwan itu mengalami pendarahan teruk di bawah badan, berusaha untuk berjalan sebelum dibantu oleh orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu, dengan meletakkan alas karung guni di bawahnya.
Individu bernama Marta Buitrago, kemudian membawa anjing itu ke klinik veterinar berikutan keadaannya yang sangat lemah dan mengalami kecederaan parah.
Gambar dan video yang dimuat naik oleh Liliana Guerrero berkata, anjing itu telah ditikam berkali-kali dan didera secara seksual oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
"Kerana dia (anjing) itu tidak mengizinkan, lalu mereka menikamnya," katanya yang juga memaklumkan anjing itu mati tidak beberapa lama kemudian.
"Mereka rosakkan alat kelaminnya, menikamnya hampir 30 kali, memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan teruk. Anjing itu tidak dapat lagi menahan kesakitan yang tidak tertanggung itu," katanya.
Menurut laporan media tempatan, anjing betina itu baru sahaja melahirkan anak sebelum kejadian itu berlaku dan berita kematian haiwan tersebut mengundang kemarahan netizen di media sosial.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/3leZ3T2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment