Netizen di laman TikTok dihebohkan dengan video pengakuan seorang gadis melalui akaunnya @bintangve_ yang berpuas hati dapat membuatkan baapnya serta ibu tirinya (perampas) bercerai secara rasmi. Video yang ditonton lebih 1.3 juta kali itu turut mendapat banyak perhatian dan komen netizen.
Rumah tangga ibu bapanya mula retak semasa dia berusia 5 tahun di mana ibu kandungnya mempunyai kawan yang dikenali sebagai Tante M (Makcik M). Tante M selalu meluahkan masalah rumah tangga pada bapanya, padahal Tante M sudah mempunyai suami.
Dipendekkan cerita, Tante M akhirnya bercerai dengan suaminya kerana pasangan itu selalu mengalami masalah sehingga terjadinya keganasan dalam rumah tangga.
Sementara itu, ibu kandungnya berada daslam keadaan tidak sihat dan disahkan lumpuh. Di atas kesempatan itu, bapanya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Tante M secara senyap-senyap. Dia juga diminta oleh bapanya untuk memanggil Tante M sebagai Mama. Dia juga melihat gambar perkahwinan mereka lalu ditunjukkan kepada ibunya yang sedang sakit.
"Mak cuma terdiam dan menangis. Jantungnya lemah dan dibawa ke hospital. Tidak beberapa lama selepas itu, mak disahkan meninggal dunia," katanya.
Pada awalnya, gadis itu berprasangka baik yang Tante M akan melayaninya dengan baik. Tetapi sangkaan itu meleset apabila dia selalu difitnah dan ibu tirinya itu selalu mengadu tentang dirinya kepada bapa kononnya melakukan perbuatan yang dianggap tidak baik.
Si ibu tiri memfitnah gadis itu melakukan maksiat di rumah sehingga sanggup tidur dengan lelaki berusia di hotel kerana pernah pulang lewat ke rumah. Padahal dia sebenarnya menghadiri aktiviti di sekolah.
Lebih teruk lagi, dia juga pernah dikurung dalam bilik oleh ibu tiri tanpa diberi makanan sehingga dia terpaksa meminta bantuan dari rakannya. Malah, si ibu tiri juga memfitnah gadis itu mengumpat mengenainya kepada jiran tetangga. Tetapi jiran-jirannya tidak percaya dengan tuduhan itu.
"Setelah aku tahu dia memfitnah aku, aku terus mengadu pada ayah dan menangis. Aku laporkan semua perbuatan Tante M ke atas aku selama ini," katanya.
Dia juga memberitahu yang dia tidak sanggup lagi berdepan dengan ibu tirinya sekiranya bapa dia masih mahu terus bersama perempuan itu dan dia akan keluar dari rumah. Ini kerana, tempoh 10 tahun perkahwinan bapanya dengan wanita itu, dia berasa terseksa kerana terlalu dikongkong sehingga tidak boleh berkawan dengan orang lain.
"Ayah peluk aku, dia meminta maaf di atas semuanya. Dan ditakdirkan Tante M itu mengalami kemalangan. Dia fitnah aku di waktu subuh dan tidak beberapa lama selepas itu dia terbabit dalam kemalangan. Ayah terus pergi ke hospital dan terus jatuhkan talak," katanya.
@bintangve_ Kalau rame bikin part dua nya wkkwkw .. semoga si tante lihat wkwkw ##GoyangKelapa ##TikTokScaryNight ##yourpagetiktok ##fypdong
♬ original sound - Bonayyyy👑
Sumber: TikTok @bintangve_
from The Reporter https://ift.tt/2UEHLCW
via IFTTT
No comments:
Post a Comment