Seorang wanita warga emas ditahan polis pada Khamis lalu kerana dipercayai telah membiarkan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mati di bilik air setelah dibiarkan selama beberapa hari, lapor Daily Star.
Cheryl Christensen, 60, didakwa dengan sengaja membiarkan anaknya mati dalam bilik air selepas mangsa terjatuh dari kerusi roda yang mengakibatkannya mengalami patah tulang di beberapa bahagian.
Menurut laporan media tempatan, polis menerima panggilan dari saudara mara keluarga itu yang meminta pihak polis untuk pergi memeriksa keadaan mangsa selepas mereka tidak mendengar sebarang khabar berita sejak beberapa hari lalu dari mangsa yang mengalami kecederaan fizikal dan otak akibat dilanggar kereta ketika berusia 14 tahun. Selain risau dengan keadaan Christensen yang tidak begitu sihat.
Polis kemudian datang ke rumah dua beranak itu pada 28 Oktober untuk memeriksaan keadaan mangsa. Tetapi pintu dikunci dan panggilan juga tidak dijawab. Keadaan itu menyebabkan polis terpaksa memecahkan pintu utama. Sebaik saja masuk, mereka mendapati terdapat banyak kesan cat merah di lantai, televisyen, percikan cat di dinding dan juga tanda pangkah di semua pintu rumah sebelum menemui mayat mangsa di dalam bilik air.
Christensen pada waktu itu juga mengurung diri di dalam bilik dan menjerit, "Kau takkan dapat keluarkan aku dari bilik ini hidup-hidup!". Dia turut menegaskan salah seorang anggota yang datang itu perlu membunuhnya terlebih dahulu jika mahu berbuat demikian.
Polis kemudian bertindak memecah pintu bilik dan Christensen mula membaling barang ke arah mereka. Disebabkan tindakan agresif itu, polis terpaksa menggunakan pistol renjatan terhadap Christensen.
Dalam keterangannya kepada polis, Christensen menjelaskan, anak lelakinya yang berusia 46 tahun itu terjatuh dari katil dan menjerit kesakitan yang dipercayainya mengalami patah tulang. Christensen bagaimanapun tidak mampu mengangkat dan meletakkan mangsa di kerusi rodanya semula lalu diheret ke bilik air. Christensen memberi mangsa pil bagi meredakan kesakitannya. Mangsa juga diberi air selama empat hari sehinggalah mangsa menolak pemberian itu.
Ditanya mengapa tidak menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan, Christensen memberikan alasan tidak mahu anaknya mati di hospital. Sebaliknya dia mahu anaknya itu mati dalam keadaan tenang, selain percaya sudah sampai masanya anaknya itu 'pergi' dari kesengsaraannya.
Menjelaskan mengenai kesan cat merah di seluruh rumahnya, Christensen menjawab, terlalu banyak aura negatif di rumah itu dan percaya rumah mereka juga dihuni oleh syaitan.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan waran untuk menahan Christensen dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.
from The Reporter https://ift.tt/38M8HJs
via IFTTT
No comments:
Post a Comment