Seperti yang dijangkakan. Video viral yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menunggang motosikal telah menarik perhatian pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang kini sedang mengesan pemilik motosikal tersebut.
Lapor Harian Metro, insiden 'penampakan' itu berlaku di simpang Kampung Paya Cegar, Jitra dan Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya sedang menyemak video viral berdurasi 19 saat itu serta berjaya mengenal pasti pemiliknya.
"Kita akan memberi Notis 114 kepada pemilik motosikal itu supaya hadir ke pejabat JPJ untuk memberi keterangan. Namun kita akan dapatkan dulu maklumat lanjut dan melakukan soal siasat sebelum tindakan diambil," katanya.
Menurut Ismasuhaimi, kanak-kanak itu bukan sahaja melakukan kesalahan menunggang motosikal tidak mengikut had umur yang ditetapkan, malah dia juga melakukan kesalahan menunggang tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.
Selain itu, tindakannya boleh mengancam keselamatan para pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.
JPJ menasihatkan golongan ibu bapa atau penjaga sentiasa mengawasi anak masing-masing dan tidak membenarkan mereka menunggang motosikal, lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3lfv6C9
via IFTTT
No comments:
Post a Comment