loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 18, 2020

    Kerana percayakan 'Nurhidayah', lelaki rugi RM88,379.94


    Malang nasib seorang pengusaha kilang kopi apabila dia diperdaya seorang wanita bernama 'Nurhidayah', yang menipunya melalui panggilan telefon kononnya tersilap daftar nombor telefon mangsa dalam akaun 'Go Payz'. 


    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 63 tahun itu yang menetap di Yan, terdahulu menerima panggilan telefon dari wanita itu semalam yang memaklumkan dia tersilap mendaftar nombor telefon mangsa dalam akaun tersebut. 


    Nurhidayah kemudian meminta mangsa memberikannya nombor TAC itu agar dia dapat mengemaskini akaun tersebut. Mangsa yang percaya, akur dan memberi nombor TAC yang diterimanya di telefon bimbit. 


    Tidak beberapa lama selepas itu, pihak bank telah menghubungi mangsa pada hari yang sama dan bertanya, adakah mangsa membuat transaksi pemindahan wang yang banyak ke dalam akaun ketiga yang tidak dikenali. 


    Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, mangsa terus menyemak akaun banknya dan mendapati berlakunya 33 transaksi telah dilakukan yang membabitkan jumlah sebanyak RM88,379.94. 


    Mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Yan dan kes disiasat mengiktu Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu. 


    Polis menasihatkan orang ramai untuk tidak melayan sebarang panggilan dari individu yang tidak dikenali dan tidak mudah memberi sebarang maklumat diri mahupun bank kepada orang yang tidak dikenali. 


    Sebaik-baiknya, orang awam membuat semakan dan pengesahan dengan pihak bank agar kejadian seumpama itu tidak berulang. Selain itu, orang awam juga boleh membuat semakan melalui laman https://ift.tt/3kGPUBz dan https://ift.tt/2ISqinO untuk kesahihan maklumat dan modus operandi terkini berkaitan jenayah komersil.


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3kGNym4
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment