loading...
  • Breaking News

    Tuesday, November 17, 2020

    Pegawai polis respon pada panggilan kecemasan, rupa-rupanya rumah dia sendiri terbakar


    Seorang pegawai polis telah dipuji sebagai hero setelah menjawab panggilan kecemasan di talian 911 dan mendapati bahawa rumahnya sendiri terbakar dan keluarganya masih berada di dalam kediaman itu. 


    Anthony Louie dari Jabatan Polis Seminole, Oklahoma, menerima panggilan kecemasan itu pada awal pagi 13 November dan dimaklumkan mengenai sebuah rumah terbakar. Apabila dia tiba di lokasi kejadian, dia mendapati rumahnya sendiri yang sedang terbakar dan ahli keluarganya pula masih berada di dalam rumah. 


    Anthony terus bergegas masuk ke dalam rumah dan menyelamatkan semua ahli keluarganya. Anthony juga mengalami kecederaan serius akibat terkena api dan terhidu banyak asap ketika dalam usaha menyelamatkan ahli keluarganya. 


    Bagaimanapun, keluarga Anthony tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal kerana keberanian dan tindakan pantas pegawai polis itu.


    Keadaan Anthony dan keluarganya masih belum didedahkan, punca kebakaran juga belum dimaklumkan kepada umum. 


    Menurut laman Facebook Seminole FOP Lodge 138, ramai penduduk yang menghulurkan bantuan kepada mereka dan tidak kurang juga ada yang mahu memberi sumbangan kerana tindakannya Anthony yang sangat berani. 


    Pengendali laman itu berkata, mereka banyak menerima permintaan untuk mengirimkan pakaian dan barangan untuk disumbangkan kepada mangsa kebakaran. 


    Sumber: Daily Mail



    from The Reporter https://ift.tt/3f4Eqqa
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment