loading...
  • Breaking News

    Tuesday, November 17, 2020

    Remaja 13 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki 48 tahun, menjadi isteri kelima


    Remaja perempuan berusia 13 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 48 tahun dan menjadi isteri kelima dalam satu majlis pernikahan mengikut agama Islam di Filipina. 


    Majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh rakan dan ahli keluarga untuk melihat pengantin remaja itu memakai pakaian tradisional di Mamasapano, wilayah Maguindanao yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. 


    Pengantin lelaki, Abdulrzak Ampatuan berkata, dia akan menjadikan isteri baharunya itu untuk menjaga anaknya yang sebaya dengan usia isteri baharunya itu. 


    "Saya gembira dapat berjumpa dengan dia dan meluangkan masa bersama dengan dia menjaga anak saya," katanya. 


    Majlis perkahwinan itu diadakan di rumah pengantin lelaki di mana dia diberi taklimat bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Pengantin lelaki itu kemudian ditemani oleh tetamu berarak ke rumah pengantin perempuan. 


    Pasangan itu duduk bersebelahan di pelaminan, sementara para tetamu tersenyum dan ketawa melihat pasangan berkenaan. 


    Pengantin perempuan itu berkata, "Saya tidak takut kepadanya kerana dia melayani saya dengan baik. Saya tidak pandai memasak, tetapi akan mula belajar memasak. Saya mahu membahagiakan suami saya". 


    Tiga minggu selepas majlis perkahwinan mereka, Abdulrzak membina sebuah rumah kecil untuk isteri baharunya itu di mana mereka tinggal bersama. 


    Difahamkan, Abdulrzak bekerja sebagai petani, sementara isterinya itu pula menjadi suri rumah dan menjaga anak suaminya, iaitu anak madunya. 


    Pada waktu ini, Abdulrzak tidak merancang untuk mempunyai zuriat dengan isteri baharunya itu sehingga dia berusia 20 tahun dan akan membiayai perbelanjaan persekolahannya. 


    "Saya akan menanggung kos pendidikannya kerana saya mahu dia mendapat pendidikan, sementara menunggu masa yang tepat untuk mempunyai anak," katanya. 


    DI wilayah Mindanao yang majoritinya beragama Islam menetapkan, kanak-kanak lelaki boleh berkahwin dari usia 15 tahun, sementara anak perempuan boleh dikahwinkan sejak awal akil baligh. 


    Data UNICEF menunjukkan Filipina mempunyai bilangan pengantin kanak-kanak ke-12 tertinggi di dunia, iaitu 726,000. 15 peratus daripada jumlah itu berkahwin sebelum mencapai usia 18 tahun dan 2 peratus berkahwin sebelum usia 15 tahun. 



    from The Reporter https://ift.tt/38NjDX1
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment