Sebuah sekolah di Perancis melarang ibu bapa melempar anak-anak mereka dari pintu pagar setinggi enam kaki apabila mereka terlambat ke sekolah.
Sekolah rendah Trillade di Avignon, selatan Perancis, memasang papan tanda 'dilarang melempar' di luar pintu masuk sekolah yang menunjukkan orang dewasa mencampak anaknya.
Pemasangan papan tanda larangan itu dibuat ekoran ada ibu bapa yang dilaporkan melempar anak-anak mereka dari atas pagar selepas tiba lewat di sekolah di mana sesi persekolahan bermula pada jam 8.30 pagi.
Notis pemberitahuan juga diberikan kepada ibu bapa yang sering lewat menghantar anak ke sekolah untuk datang semula pada jam 10 pagi atau 3 petang apabila pintu pagar dibuka semula.
Guru Besar, Sanaa Meziane berkata, dia sudah tidak tahan dengan sikap tidak bertanggungjawab golongan ibu bapa yang melakukan perbuatan yang tidak masuk akal itu.
"Ibu bapa yang datang lambat selepas loceng berbunyi bertindak melempar anak-anak mereka dari pintu pagar. Apa yang mereka lakukan itu boleh mencederakan anak-anak," katanya memetik laporan dari portal The Times.
Berikutan kejadian pembunuhan di Perancis baru-baru ini, langkah-langkah keselamatan di semua sekolah di negara itu dipertingkatkan.
Guru-guru di semua sekolah tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah sebaik saja pintu pagar sekolah ditutup.
from The Reporter https://ift.tt/32BLOUT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment