PDAM kata tiada keperluan untuk pelanggan mengimbas kod QR di stesen minyak sekiranya hanya mengisi minyak tanpa masuk ke kedai serbaneka stesen minyak. Tetapi CPRC dan PDRM berkata, pelanggan wajib membuat imbasan tersebut atau berdepan dengan kompaun RM1,000.
Bagaimanapun dalam kenyataan terkini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada keperluan menggunakan aplikasi MySejahtera di stesen minyak jika pelanggan hanya datang untuk mengisi minyak atau membuat pembayaran melalui pam minyak di stesen minyak.
Jelasnya, bagi yang memasuki kedai serbaneka, surau atau fasiliti yang lain di stesen minyak diwajibkan membuat imbasan kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera atau mendaftar secara manual.
Sebelum ini, ada pihak yang mengeluarkan kenyataan adalah kewajiban pelanggan yang datang ke stesen minyak untuk mengisi minyak, wajib mengimbas kod QR melalui MySejahtera. Tidak kira sama ada individu itu memasuki kedai serbaneka ataupun sebaliknya.
Terdahulu viral di media sosial klip video seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika sedang mengisi minyak pada kenderaannya.
Sumber: The Sun
from The Reporter https://ift.tt/3pd6ix2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment