loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 18, 2020

    Tolak pelawaan rujuk semula, bapa & anak lempar 6 bom ikan ke rumah bekas isteri menyebabkan seorang terbunuh


    Seorang wanita selamat, manakala saudaranya maut akibat kecederaan parah selepas terkena letupan bom ikan yang dilemparkan ke rumah mangsa.


    Dalam kejadian yang berlaku di Desa Kedung Pengaron, Daerah Kejayan, Jawa Timur, pada malam 15 November 2020, mangsa, Maisaroh, 42, berjaya menyelamatkan diri, tetapi saudaranya, Musleh, 45, terkorban dalam kejadian yang tidak diingini itu. 


    Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu didalangi oleh dua suspek yang juga merupakan bekas suami Maisaroh iaitu Saehu, 40, dan anaknya, Roji, 18. 


    Ketua Polis Daerah Kejayan, Sugeng Prayitno berkata, letupan bom itu telah merosakkan rumah mangsa. Mangsa lelaki pula cedera parah di bahagian punggung, dikejarkan ke hospital berhampiran, tetapi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. 


    Semasa kejadian, Maisaroh sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba suara orang (Saehu dan Roji) menjerit memanggil namanya di luar rumah. Selepas itu tingkap rumahnya pecah akibat dilempar bom ikan membuatkan Maisaroh terus melarikan diri dan bersembunyi. 


    "Saya dikejarkan suspek, tetapi mereka tidak berjaya menemui saya. Tetapi setelah mereka ternampak Musleh, terus dilempar dengan bom ikan sehingga menyebabkan dia tersungkur," katanya. 


    Empat bom ikan dibaling ke rumah Maisaroh, manakala dua lagi bom ikan dilempar ke Musleh yang mengakibatkan Musleh mengalami kecederaan parah. 


    Mangsa tidak sempat memerhatikan wajah suspek kerana dia pada masa itu hanya terfikir untuk lari menyelamatkan diri. Musleh menjadi mangsa serangan itu kerana dua suspek terbabit tidak berjaya menemui Maisaroh.


    Beberapa bahan bukti ditemui di lokasi kejadian. Siasatan juga sedang dijalankan dan polis tidak menolak kejadian itu bermotifkan dendam peribadi. Sumber lain juga mengatakan, mangsa telah menolak pelawaan suspek untuk merujuk semula. - Agensi



    from The Reporter https://ift.tt/3pCyo59
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment