loading...
  • Breaking News

    Tuesday, November 10, 2020

    (Video) Kereta langgar lampu merah, Rider Food Panda jadi mangsa


    Seringkali diberi peringatan untuk memperlahankan kenderaan sebelum tiba di persimpangan lampu isyarat, malah papan tanda pemberitahuan juga telah disediakan. Malangnya masih ada segelintir pengguna jalan raya tidak mematuhi dan memandang remeh peringatan tersebut. 


    Akibatnya, seringkali berlaku kemalangan disebabkan golongan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab melanggar lampu merah tanpa memikirkan kesan dari tindakan mereka itu boleh menyebabkan kemalangan. 


    Baru berlaku lewat petang tadi, seorang penghantar makanan terbabit dalam kemalangan pada jam 7 petang tadi di Persiaran Saujana Impian, berdekatan dengan Tesco Kajang, dengan sebuah kereta sedan. 


    Video berdurasi satu minit itu menunjukkan, pemilik 'dashcam' bersama dengan pengguna yang lain berhenti di persimpangan lampu isyarat dan menunggu giliran lampu bertukar hijau. Dalam masa yang sama, kenderaan dari arah bertentangan membelok ke laluan sebelah kanan. 


    Sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau, perakam dan yang lain memulakan perjalanan. Malangnya terhalang berikutan terdapat sebuah kereta yang bertindak meneruskan perjalanan membelok ke kanan biarpun lampu sudah bertukar merah. 


    Perakam dan yang lain sempat berhenti memberikan laluan, namun tidak bagi mangsa menunggang motosikal meneruskan perjalanan tanpa menyedari kereta tersebut terus merempuh dan mukanya terhentak kuat pada kereta itu sebelum terjatuh dan kaki kirinya ditimpa motosikal. 


    Terkejut dengan kejadian itu, beberapa penunggang motosikal segera datang menghulurkan bantuan. Manakala pemandu kereta berkenaan dipercayai berhenti tidak beberapa jauh dari mangsa. 



    Berdasarkan gambar yang viral di media sosial, mangsa masih hidup dan tidak diketahui keadaannya. Apa yang pasti, motosikalnya rosak akibat kemalangan itu dan sedikit sebanyak menjejaskan rutin untuk mencari rezeki di kemudian hari. 


    Difahamkan, mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Di media sosial, ramai netizen yang mendoakan mangsa cepat sembuh. Tidak kurang juga berharap ada pihak yang tampil membantu mangsa dengan menghulurkan sumbangan. 


    Kejadian seperti ini dapat dielakkan sekiranya para pengguna jalan raya mengambil langkah berhati-hati dan kurangkan kelajuan sebelum tiba di persimpangan. Usah dikejar lampu isyarat yang demi kepentingan diri, sebaliknya bersabarlah menunggu atau berdepan dengan risiko menjadi penyebab kecederaan atau kematian orang yang tidak bersalah atas kecuaian anda yang akan menghantui diri selama-lamanya.



    from The Reporter https://ift.tt/36nC2Hn
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment