Viral video di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan kelibat satu lembaga pelik di pintu salah satu bilik di rumah yang hanya didiami oleh seorang wanita dan bayinya.
Lapor Daily Star, insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Milwaukee, Wisconsin dan lembaga itu seolah-olah sedang memerhati keadaan di luar bilik sama ada 'line clear' ataupun sebaliknya.
Wanita itu kemudian memuat naik video tersebut di laman Reddit dan meminta pandangan netizen, "Mohon bantu, saya tak tahu apa benda ni. Itu pintu bilik anak kecil saya, tetapi bila saya pergi periksa, tiada sesiapa pun di situ," tulisnya.
Netizen percaya, lembaga yang menjenguk dari pintu bilik anaknya itu bukan manusia kerana ia mempunyai sesungut seperti sotong yang kelihatan sedang berpaut pada pintu bilik.
Sejak dimuat naik di laman YouTube The Hidden Underbelly 2.0, 7 November lalu, video itu telah ditonton lebih dari 2,000 tontonan. Kapsyen video menyatakan, "Dalam video ini, kami ada footage entiti menunjukkan kepalanya di pintu bilik di hujung rumah.
"Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti seseorang yang sedang memerhati ke luar dari pintu bilik dan menutup pintu di belakangnya. Tetapi jika di perhatikan dengan teliti, enitit berkenaan tidak mempunyai tangan tetapi nampak seperti sesungut berwarna hitam.
"Saksi juga menyatakan tiada sesiapa di rumah itu melainkan dia dan bayinya sahaja," katanya yang juga menasihatkan dua beranak itu berpindah keluar dari rumah tersebut.
"Creepy giler! Mula-mula tengok dari handphone, tapi bila dah tengok dari monitor komputer untuk lebih jelas, ia membuatkan saya terus menggigil," kata netizen.
"Tapi hantu tak boleh pegang pintu. Ini lain ni, mungkin yang lebih teruk," tambah netizen lain.
"Syaitan suka budak-budak. Diorang selalu ada kawan khayalan, tapi yang ini bukan tahap khayalan dah," kata netizen lagi.
from The Reporter https://ift.tt/3ktkWga
via IFTTT
No comments:
Post a Comment