Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik status di Facebooknya mengenai situasi kini yang berlaku di Malaysia dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT.
“Bismillahirrahmanirrahim... Doaku semoga ALLAH SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufik, hidayah dan sabar.
“Ya ALLAH kurniakan kepada kami rasa cintakan negara kukuhkan perpaduan kami,” tulisnya.
Tindakan beliau memuat naik status berkenaan menimbulkan tanda tanya warganet.
Status berkenaan dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa parti besar 'sibuk' mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong seolah-olah ada pengumuman penting dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu untuk Malaysia.
Kepada Malaysia, rakyatnya dan para pemimpinnya. Ya Allah, kepada-Mu kami berserah dan berharap. pic.twitter.com/GeguCxYrEc— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) February 23, 2020
Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Vmg0k2
via IFTTT
No comments:
Post a Comment