loading...
  • Breaking News

    Wednesday, August 23, 2017

    CCTV Bongkar Kejahatan Bapa Tiri, Lemaskan Anak Sampai Mati..


    TEKA-TEKI kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di dalam sebuah kolam hotel di Morelia, Mexico, akhirnya terjawab apabila kamera litar tertutup (CCTV) membongkar segalanya.

    Menerusi rakaman itu, seorang lelaki yang juga merupakan bapa tiri mangsa dilihat berulang kali melempar kanak-kanak perempuan itu dalam kolam renang tanpa menghiraukan mangsa yang terkapai-kapai lemas di dalam air.

    Lebih menyedihkan, lelaki itu turut membenamkan wajah mangsa ke dalam air berulang-ulang kali.

    Apa yang mengecewakan, beberapa pengunjung hotel lain yang berada di kolam tersebut langsung tidak menegur perbuatan lelaki tersebut waima membantu mangsa.

    Lelaki itu dikatakan melakukan perbuatan kejam itu ketika ibu mangsa sedang tidur di bilik hotel.

    Setelah kanak-kanak itu didapati mati, bapa tirinya, Jose David N. kembali ke bilik hotelnya berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

    Malah, dia sempat berpura-pura sedih dan terkejut tatkala mengetahui anak tirinya mati lemas.

    Bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Perbuatan kejam Jose terbongkar apabila perilakunya dirakam CCTV.

    Susulan itu, Jose dihukum penjara selama 100 tahun akibat perbuatan yang dilakukan pada Ogos tahun lalu itu.

    Video itu turut tersebar menjadi viral di negara itu dan menimbulkan kemarahan orang ramai. 


    Sumber: MYNEWSHUB.CC


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xrLh65
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment