loading...
  • Breaking News

    Friday, August 4, 2017

    Betapa Deritanya Jika Disihir Tanpa Henti, Amalkan Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir Untuk Beri Pengajaran Pada Kaki Sihir


    Sekiranya anda terkena sihir secara berulang-ulang dan tidak berkesudahan. Anda harus mengamalkan satu ilmu yang amat baik ini di atas niat ingin memberikan pengajaran dan kesedaran terhadap si tukang sihir, penyihir atau individu yang diupah berkenaan, supaya mereka akan insaf dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu.

    Anda wajib mengamalkan ilmu ini supaya mereka yang menyihir itu tidak akan menganggu lagi ketenteraman keluarga bahagia kita dan harus bertawakal agar mereka terus lenyap dari kehidupan kita sekeluarga.

    Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin

    Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:

    1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.

    2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

    3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.

    4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.

    5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.

    6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.

    7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.

    8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.

    Insha Allah selepas mengamalkan ilmu ini ianya akan berhasil dan berjaya. Semoga ilmu ini dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberikan manfaat untuk kita semua.

    Sumber: http://ift.tt/2c8AkOb


    from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wdE223
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment